Segala maklumat yang saya paparkan di sini adalah diambil dari http://halimislamic.blogspot.com/
Ini adalah pemandangan Madrasah Murabit Al-Hajj. Subhanallah!! Lihatlah ia seperti yang kita lihat, ia adalah suatu tempat yang sangat indah. Semoga Allah memelihara sesiapa yang menuntut di Madrasah ini. Amin!
Lihatlah perjalanan untuk sampai ke Madrasah ini, ia merupakan satu kawasan pergunungan yang amat sukar untuk didaki. Terutamanya apabila hendak kesana kita perlu berjalan 6 jam selepas mendakinya. Hebat bukan? Lebih mujahadah dan lebih tawajjuh bila dapat mengaji kitab di sini.
Ini adalah masjid dalam kawasan Madrasah Murabit Al-Hajj. Semoga Allah memelihara sesiapa yang solat di dalamnya dan mereka yang ingin solat di dalamya. Semoga Allah izinkan daku sempat untuk solat berjemaah di sini.
Ya Allah, Bersolat di dalam masjid ini, terasa sangat menenangkan hati. Seolah-olah bersolat di Masjid al Haram dan Madinah. Putus segala hubungan dunia. Hati tenang dengan mengingati Allah. Adakah sahabat-sahabat semua tidak mahu merasakan suasana belajar dan beribadat seperti zaman Rasulullah saw?
Lihatlah binaan terbesar di sebelah kiri dipanggil Mahmal. Ada di antara pelajar-pelajar yang tidur di situ untuk mengelakkan nyamuk dan ‘pelawat malam’ ( binatang liar ) yang lain. Manakala di sebelah kanan pula adalah khemah-khemah biasa yang digunakan oleh orang kampung di situ. Lebih mujahadah bukan?
Mereka adalah pelajar di sini dan merupakan insan yang paling ikhlas, sederhana, komited dan mesra bila belajar kitab. Kitab-kitab yang di “dobet” pula hanya atas papan kayu. Masha’Allah.. daku azam dapat belajar sini 5 tahun pun jadilah. Tapi kalau 10 tahun lagi sempurna insya Allah.
Lihatlah Tok Guru di Madrasah ini Syiekh Murabit al-Hajj yang umurnya sudah mencapai 100 tahun rasanya. Masha’Allah. Perjumpaan yang menakjubkan. Sahabat ana di pondok menceritakan pada ana, pada umur Syiekh Murabit mencecah 20 tahun pernah beliau ke Mekah hanya berjalan kaki daripada Afrika, samata-semata untuk menuntut ilmu.. Subhanallah.. apakah taraf Murabit ini di sisi Allah taala?.. gambar ini ialah di antara Murabit Al-Hajj dan bekas anak muridnya Sheikh Hamza Yusuf dan kawannya Habib 'Ali.
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, Habib ‘Ali telah melawat ( US pada September, 2002 ) ke Mauritania bersama Sheikh Hamza Yusuf untuk melakukan kerja dakwah. Masha’Allah satu perjalanan yang dirahmati Allah.
Habib ‘Ali dan Sheikh Hamza Yusof, dua lelaki yang mengembara mencari ilmu dan menyebarkan untuk kebaikan dan tiada akhirnya. Sheikh Hamza Yusof mula belajar di Pondok ( Madrasah Murabit Al-Hajj ) ini pada usia 17 tahun, selama 10 tahun beliau menuntut ilmu agama di pondok selepas beliau memeluk agama Islam. Agama asal beliau adalah Christian. Selepas berlaku kemalangan, semasa terjatuh, dengan tidak sengaja beliau tersebut nama "ALLAH" dan kemudiannya beliau terus berminat untuk mempelajari Al-Quran. Sekarang beliau merupakan seorang pensyarah diZaytuna Institute, California, U.S. Beliau juga merupakan seorang ulama' Amerika hebat pada zaman ini yang berpegang teguh kepada tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah.
No comments:
Post a Comment