09 March 2010

MELANCONG KE KUALA PAHANG PEKAN

Pada hari Sabtu, 7 Mac 2010, saya telah pergi melancong ke Kuala Pahang Pekan Pahang Darul Makmur.
Ini adalah foto Universiti Malaysia Pahang (UMP) cawangan Pekan. Sudah beroperasi. Cuma infrastruktur masih dalam proses pembinaan.
Ini adalah masjid yang ada dekat dengan kuala sungai Pahang.
Apakah keistimewaan gambar di bawah ini ? Makcik yang ada dalam foto ini, ada keistimewaannya. Makcik ini datang ke kereta saya, semasa saya berhenti di hadapan masjid Jamek Marhum Pekan. Semasa itu saya ke paip di dalam masjid itu, untuk membasuh tangan. Makcik ini datang kepada keluarga saya dalam kereta itu lantas dia meminta duit seringgit. Jadi isteri saya berikan. Setelah dia mendapat duit itu makcik itu terus beredar.
Itu adalah ketetapan ilahi.
Ada kebaikannya dan hikmahnya.
Gerbang sebelum memasuki bandar Pekan.
Binaan ini baru siap dibina. Ditebing sungai berdekatan dengan Muzium Pekan. Dulu kawasan ini adalah sungai.
Tempat kami makan tengahari.
Satu lagi "keajaiban". Kereta diberi "rezeki" oleh burung.

No comments:

Post a Comment

Pos Paling Banyak Di Lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...