13 April 2008

JADIKAN HABIT KEPADA.....

Jadikanlah ingat kepada kematian sebagai satu habit. Latihkanlah hati kita supaya setiap saat hati kita tidak lupa kepada saat kematian. Supaya hati kita tidak lupa bahwa saat mati itu kita tidak tahu bila masanya. Di mana tempat kita akan mati ? Apakah bentuk kematian kita ? Apakah pentingnya atau faedahnya sentiasa ingat kepada mati ? Faedah mengingati amat banyak. Di antara faedah mengingati mati adalah supaya kita tidak terlampau berusaha dan terlampau mengejar kehidupan dunia semata-mata. Sedangkan dunia itu adalah tempat permainan semata-mata. Sebagai contoh, budak kecil yang bermain masak-masak, misalnya pasir sebagai beras, tumpurung sebagai periuk dan pucuk-pucuk kayu sebagai ulam-ulam. Dengan seronoknya budak kecil itu bermain-main. tetapi, apabila ibunya memangggil supaya naik ke rumah kerana hari sudah petang maka dia dengan cepat naik ke rumah. Perhatikan adakah segala pasir, tumpurung dan pucuk kayu itu di bawa bersama masuk ke rumahnya ? Jawapannya, tidak. Begitulah, isi-isi dunia ini, kita tidak akan membawanya masuk ke dalam alam kubur. Semua isi-isi dunia itu kita tinggalkan. Walaupuan hati kita amat sayang kepada isi-isi dunia itu. Seperkara lagi, faedahnya ialah ia membuatkan hati kita tidak terlampau tertumpu kepada ingatan hendak mencari kesenangan di dunia semata-mata. Kerana kalau banyak kesenangan dunia yang kita dapat maka banyak pula kira mengira dengan Allah swt di padang Mahsyar kelak. Banyak pula hasad dengki yang datang dari manusia lain yang mengetahui kesenangan yang kita dapat itu.

1 comment:

Anonymous said...

hi

Post a Comment

Pos Paling Banyak Di Lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...