05 June 2008

RAKYAT YANG MENGUNDI JUGA BERSALAH

INGAT ! Sebab utama pemimpin atau individu yang menjadi pemimpin(ketua) sekarang, adalah kerana pengundi yang mengundi mereka. Maka pemimpin yang dilantik itu memiliki kuasa untuk membuat sesuatu keputusan. Kalau pemimpin itu benar-benar bertaqwa maka pasti keputusan yang dibuat itu berdasarkan kepada kehendak Allah swt iaitu bersumber dari Al Quran, Hadis-hadis Nabi, Ijmak Ulamak Yang Bertaqwa dan Qias. Bukan berdasar kepada buah fikiran dari ahli-ahli mesyuarat semata-mata. Jadi, kalau pengundi yang menyebabkan mereka menjadi pemimpin maka pastilah pengundi juga ada kena-mengena dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh orang yang diundi itu. Kalau dikaitkan dengan masalah minyak yang semakin mahal sekarang ini, maka harga yang mahal itu bukannya salah pemimpin itu tetapi salah rakyat. Salah kerana melantik orang tidak benar-benar mengutamakan kehendak Allah swt tetapi mengutamakan buah fikiran ahli mesyuarat, penasihat, pakar-pakar dan yang semakna dengannya. Sebaik-baik nasihat adalah dari orang yang mengutamakan kehendak Allah iaitu orang yang benar-benar taat dengan suruhan dan larangan Allah swt (yakni bertaqwa).

No comments:

Post a Comment

Pos Paling Banyak Di Lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...