28 June 2008

REBUTLAH YANG BANYAK. TIDAK CERDIK KALAU BEREBUT YANG SATU

Kiasan yang berbunyi antara nikmat dunia dengan nikmat syurga adalah 1 nisbah 9. Iaitu satu nikmat dunia, sedangkan 9 lagi adalah nikmat di dalam syurga. Bahkan di dalam syurga terdapat banyak lagi nikmat yang tidak pernah di lihat oleh mata. Tidak pernah didengar oleh telinga. Tidak pernah terlintas atau terdetik di hati, bahwa ada di dalam syurga. Bagaimanakah sesuatu nikmat yang ada dalam syurga tapi tidak terlintas, itu wujud dalam syurga maka hanya Allah swt sahaja yang Maha mengetahui. Dan kalau kita nak tahu dan rasa nikmat itu maka ikutlah semua suruhan Allah swt maka insya allah kita akan tahu nanti bagaimanakah bentuk nikmat yang tidak pernah terlintas di hati itu. Antara sifat dunia adalah segala sesuatu mengenai dunia itu, ia akan musnah sedangkan nikmat dalam syurga sentiasa kekal dan sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Kita sebagai penghuni dunia sudah tahu segala nikmat dunia yang sedikit ini, tidak ke mana kesudahan. kesudahan terakhir adalah mati. Sedangkan akhirat kelak adalah kekal abadi buat selama-lamanya. Tidak ada lagi mati. Kalau kita berusaha untuk taat dengan semua suruhan Allah maka kekal bahgialah di dalam nikmat. Tapi kalau sebaliknya, kita tidak taat dengan segala suruhan Allah maka azab yang kekallah dalam neraka. Ingat - dalam neraka semuanya azab dan sakit yang amat sangat. Bayangkan, kalau terkena api rokok sudah tidak tahan sakitnya maka bagaimana pula nak tahan sakit api neraka yang berpuluh kali ganda kuatnya.

No comments:

Post a Comment

Pos Paling Banyak Di Lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...