25 November 2008

PERISTIWA MENARIK DI KUALA BERANG

Kebetulan semasa saya dalam perjalanan balik dari kampung ke Kuantan kerana bercuti, setibanya saya di bandar Kuala Berang maka saya dapat melihat dengan mata kepala sendiri satu peristiw seorang wanita mengugut untuk membunuh diri. Orang ramai berpusu-pusu berkumpul untuk melihat kejadian. Kelancaran jalanraya terjejas. Maklumlah semua kenderaan berhenti ditepi jalan untuk melihat kejadian itu secara "live" dan jarang untuk berpeluang melihat kejadian seperti itu. Termasuklah saya sendiri. Saya menunggu lebih kurang sejam untuk menanti apakah "ending" peristiwa ini. Bermacam komen dan cakap-cakap dari para penonton. Masing-masing memberi pendapat dan idea. Saya tersenyum. Mendengar pelbagai cakap-cakap dari wartawan tak rasmi. Saat mendebar bermula apabila wanita itu cuba untuk merebahkan diri di tepi bangunan itu untuk lari dari pujukan anggota keselamatan di situ. Nasib baik wanita itu tidak terjun secara mengejut. Kalau tidak pasti anggota penyelamat tidak dapat menyambar rambut dan tangan wanita itu. Sila lihat keratan akhbar dibawah. PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT DARI PERISTIWA INI. 1-Ingat, setiap masalah yang dialami, walaupun amat berat dan pahit, Allah swt ada menyediakan jalan penyelesaian. 2-Perbuatan hendak membunuh diri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak meyelesaikan masalah yang dialami. Bahkan makin buruk,menyusahkan diri sendiri dan orang lain. 3-Kalau mengalami apa saja masalah,sila cari orang yang boleh membantu.

1 comment:

Sabri Ibrahim said...

Peristiwa ini membuktikan bahwa asas tauhid yang betul dan benar dari Al Quran dan Al Hadis adalah ubat kepada penyakit ini.

Post a Comment

Pos Paling Banyak Di Lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...