15 November 2008

SINGGAH SEKEJAP KE TASIK KENYIR

PADA 15 November 2008, hari Sabtu, semasa saya dan keluarga saya, balik untuk bercuti di kampung, saya telah singgah sekejap di Tasik Kenyir. Biasanya, sebelum tarikh ini, kalau saya balik ke kampung saya hanya lalu sahaja melalui simpang untuk pergi Tasik Kenyir itu, tetapi tidak pernah singgah ke tasik ini. Walaupun hati saya pernah terdetik untuk pergi ke situ. Namun pada tarikh ini, sudah ditakdirkan untuk saya menjejak kaki di tasik ini. Setelah melihat dengan mata kepala sendiri keadaan di Tasik Kenyir barulah lebih jelas dan lebih terasa aura ketenangan, kedamaian, kehijaun hutan dan kebiruan air tasik ini. Didapati kawasan di sekitarnya dijaga dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab. Namun yang paling penting sekali adalah apabila saya melihat sesuatu yang indah dan menarik maka tumpuan fikiran saya hendaklah diarahkan kepada betapa Allah swt itu maha pencipta,, betapa sempurna dan indah semua ciptaan Allah swt. Bayangkan kalaulah di dunia ini sudah begitu indah dan sempurnanya ciptaan Allah maka apa lagi keindahan dan kesempurnaan di dalam syurga kelak. Ruginya kalau saya tidak ingin berusaha untuk berada di dalam syurga Allah swt yang amat indah dan amat hebat itu.

No comments:

Post a Comment

Pos Paling Banyak Di Lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...