15 April 2009
APAKAH SEBAB ARAK DIHARAMKAN DALAM AGAMA ISLAM ?
Apakah sebab pengambilan alkohol (arak) diharamkan dalam Islam? Sila terangkan dengan lebih lanjut.
Pendahuluan
Alkohol(arak) merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Alkohol(arak) berterusan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi olh masyarakat. Statistik kadar jenayah yang meninggi, pertambahan kes penyakit mental dan keruntuhan institusi keluarga di serata dunia menjadi testimoni bisu kepada kuasa perosak alkohol.
Di antara sebab alkohol(arak) diharamkan adalah kerana,
1. Pengharaman alkohol di dalam Al-Quran.
Kitab suci Al-Quran melarang pengambilan alkohol di dalam ayat berikut:
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah 5:90)
2. Alkohol menyekat pusat kawalan.
Manusia memiliki pusat kawalan di otak. Pusat kawalan itu melarang seseorang daripada melakukan perbuatan yang di anggap salah. Contohnya seseorang itu pada kebiasaannya tidak menggunakan bahasa kasar atau kesat ketika berhadapan dengan kedua ibu bapa dan dengan orang yang lebih tua. Jika dia perlu ke bilik air, pusat kawalan di otak akan menghalangnya dari membuang air di tempat terbuka, maka dia akan menggunakan tandas.
Apabila seseorang meminum alkohol , pusat kawalan tersebut menjadi tersekat. Inilah yang mengakibatkan seseorang yang mabuk melakukan perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya. Contohnya seseorang yang mabuk didapati menggunakan bahasa kesat dan tidak menyedarinya kesilapan itu walaupun sedang berhadapan dengan kedua ibu bapanya. Ramai juga yang membuang air kecil di pakaian mereka. Mereka juga tidak boleh berjalan dan bercakap dengan betul. Mereka akan berkelakuan buruk.
3. Kes zina, rogol, sumbang mahram dan AIDS lebih tinggi di kalangan peminum alkohol.
Menurut kajian Biro Keadilan Mangsa Jenayah Kebangsaan (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakkan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.
4. Hadis melarang alkohol (arak).
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
1. Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, hadis no. 3371
“ Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan.”
2. Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis no. 3392
“Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit.”Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.
3. Bukan sahaja orang yang meminum arak dilaknat tetapi mereka yang berurusan secara langsung atau tidak langsung dilaknat Allah S.W.T.
Menurut Kitab Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan, Bab 30 hadis no.3380.
Diriwayatkan oleh Anas r.a., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar: Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.”
Saya harap berdasarkan dalil-dalil ini kita lebih jelas memahaminya.
Pos Paling Banyak Di Lihat
-
Cara terbaru nak cantikkan blog, yang saya jumpa ialah di http://anaksamat.blogspot.com/2011/05/tutorial-cara-simple-nak-bu...
-
Madrasah Diniah Ahmadiah (MDA) Bt10 Cheras. Yayasan Al Jenderami Madrasah Addiniah Ahmadiyyah Multiply
-
APA PENDAPAT ANDA ? Semasa MB Terengganu dulu iaitu YB Jusoh Idris, banyak pembangunan matabenda telah dibina. Berikut adalah foto pembinaa...
-
Pemakluman Segala maklumat yang saya paparkan di sini adalah diambil dari http://halimislamic.blogspot.com/ Ini adalah pemandangan Madras...
-
Pada 10 Jun 2009, saya dan keluarga telah ke Air Panas Kampung La (La Hot Spring). Masa yang diambil untuk sampai ke tempat tersebut lebih ...
-
Pada hari Sabtu, 7 Mac 2010, saya telah pergi melancong ke Kuala Pahang Pekan Pahang Darul Makmur. Ini adalah foto Universiti Malaysia P...
-
Madrasah al Insaaniyyah, Kampung Kederang, Setiu Madrasah Hidayah Markaz Tarbiyyah Islamiah Darul Bayan Pondok Darussalam Kuala Ibai
-
A Anuar FRS Slide Anuar cmo Web Site auditmypc azhar bin idrus azhar bin idrus apphit AMD B BAE system bimbingan mukmin blazemp audio...
-
Pada hari Sabtu 26 Disember 2009, kami sekeluarga telah pergi melancong ke Muzium Lombong di Sungai Lembing Kuantan Pahang. Tujuan kami per...
No comments:
Post a Comment