12 February 2010

ARKID CATATAN DARI SABRI

DIKEMASKINI 10 FEBRUARI 2010. JAM 0720 PETANG RABU.

NEGARA MALAYSIA YANG DIPERINTAH DENGAN KEHENDAK ALLAH 100%

Marilah kita berusaha dengan apa jua cara (yang halal dan baik) untuk merealisasikan agar negara Malaysia ini diperintah dengan kehendak Allah swt 100%.

Kerana

1. kerana kebaikannnya akan dapat dirasai oleh semua manusia sama ada yang orang Islam dan juga bukan Islam.

2. kerana segala haiwan di darat, segala haiwan di laut dan di udara turut juga akan dapat menikmati kebaikannnya.

3. Kerana tanpa pemerintahan yang berdasarkan bukan kehendak Allah swt tidak selamat.

DIKEMASKINI 28 JANUARI 2010 JAM 1100PAGI KHAMIS

TERFIKIR IDEA(ILMU) ATAU TERLINTAS IDEA(ILMU)

Saya yakin anda semua pernah terfikir atau terlintas sesuatu idea yang baru atau idea lama tapi dari sudut yang baru. Idea itu datang dengan tiba-tiba dan hilang dari ingatan dengan tiba-tiba. Anda sudah tidak ingat apa idea yang datang itu. Anda terasa alangkah ruginya, kerana tidak dapat untuk meneliti dan menghalusi idea itu.

Saya nak berkongsi cara untuk mengelakkan idea yang datang itu, supaya tidak hilang. lantas boleh diteliti dan dihalusi di masa yang lain.

Caranya ialah

SENTIASA ADA DISISI ANDA BUKU DAN PEN.

Sebaik sahaja terfikir dan terlintas idea maka cepat-cepat anda tulis dan catatkan ke dalam buku.

Sebagai kiasannya, ILMU(IDEA) SEPERTI BINATANG YANG AMAT LIAR. MUDAH TERLEPAS HILANG. JADI, KALAU BINATANG LIAR MESTI DITAMBAT DENGAN TALI YANG KUAT UNTUK MENGELAKKAN HILANG MAKA ILMU YANG LIAR DITAMBAT DENGAN PEN DAN KERTAS UNTUK MENGELAKKAN HILANG

SIMPANAN 2

Posted by Md Sabri Bin Ibrahim at 11:50 AM on February 06, 2010Comments comments (0)

DIKEMASKINI MALAM 11 MUHARRAM 1431H=28 DISEMBER 2009M JAM 0143 MALAM ISNIN

KE MAJLIS WALIMATUL URUS LUK MOHD ISA.

Pada hari Ahad 27 Disember 2009M bersamaan 10 Muharram 1431H,kami warga JUSEN Pangkalan Udara Kuantan telah berkonvoi menuju ke 132, Kampung Seri Dahlia Jengka 3, 26400 Bandar Jengka Pahang Darul Makmur, dengan tujuan untuk menghadiri majlis walimatul urus bagi Mohd Isa Bin Haji Mohd Suhud dengan pasangan beliau iaitu Norsharliza Binti Md Ali.

Untuk maklumat lanjut. Sila klik di sini WALIMATUL URUS LUK MOHD ISA.

DIKEMASKINI 2 MUHARRAM 1431H=19 DISEMBER 2009M JAM 2241 MALAM SABTU

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai fahaman Syiah dan kesalahannya maka sila klik di sini Penjelasan Fahaman Syiah.

DIKEMASKINI 11 DISEMBER 2009 JAM 0320 PETANG JUMAAT

ISTERI PM SUKA TARI, RAKYAT MENJADI PENARI

Agama dan pegangan pemerintah memberi kesan cukup kuat ke atas rakyat. 'Rakyat menurut agama pemerintah mereka.' Apa yang dibuat oleh pemerintah, itulah yang diikuti rakyat.

Baca seterusnya di blog saya iaitu BLOG SABRI69.

DIKEMASKINI 22 NOVEMBER 2009 0924 PAGI AHAD

Cara untuk mengekalkan rasa sentiasa bersemangat. Kadang kala kita akan diserang oleh perasaan malas, lemah semangat, rasa tak mampu untuk melakukan sesuatu, rasa putus asa dan sesuatu yang sama maksud dengannya.

Cara untuk mengurangkan perasaan negatif seperti di atas dengan menyakinkan diri bahawa itu semua adalah sebahagian dari erti kehidupan di dunia. Kedua, dengan menyakini bahwa itulah sifat dunia, iaitu sifat dunia adalah tempat berpenat lelah dan ketiga adalah dengan yakin bahawa hanya di syurga sahaja, satu-satu tempat rehat dan tempat bergembira dengan erti hidup yang sebenar.

DIMASUKKAN 31 OKTOBER 2009 JAM 1118 PAGI SABTU

Sekarang kita berada dalam bulan musim banjir. Apabila berlaku maka ada orang yang mendapat nikmat. Contoh untuk penjual payung, penjual baju hujan, penjual bot sampan. Mereka akan mendapat wang hasil keuntungan dalam bisnes mereka.

Sebaliknya banjir juga boleh memberikan kesengsaraan kepada orang lain. Contoh, orang yang menanam padi, pendobi pakaian dan sebagainya. Mereka akan rugi.

Sifat baik dan buruk, untung rugi adalah satu sifat ketetapan dunia yang telah Allah swt telah tetapkan. Kita manusia yang sangat lemah ini tiada kekuatan untuk mengatasi ketetapan.

Jadi, apakah persediaan kita untuk menghadapi musim banjir ini ?

DIMASUKKAN 06 OKTOBER 2009 JAM 2151 MALAM RABU

ULANGAN-SUPAYA KITA WALAUPUN TERLUPA TAPI TIDAK BERPANJANGAN TERLUPA.

INGAT ! KALAU AWAK NAK CARI TEMPAT REHAT YANG KEKAL DI DUNIA MAKA PASTI ANDA TIDAK AKAN BERJUMPA. HANYA DALAM SYURGA SAHAJA TEMPAT REHAT YANG TOTAL 100% UNTUK BEREHAT.

DIMASUKKAN 28 SEPTEMBER 2009 0814 PAGI ISNIN

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN SAYA MOHON DARI SEMUA KENALAN SAYA.

INGAT ! UTAMAKAN KESELAMATAN

DIMASUKKAN 090909 JAM 0909 PAGI RABU

Apakah keistimewaan yang ada pada tarikh dan masa ini ? Yang pasti ada faedah Allah swt buat sesuatu. Maha suci Allah membuat sesuatu dengan sia-sia. Cuma akal kita tidak dapat mengkaji secara terperinci, faedah dan rahsia di sebalik setiap kejadian yang dicipta oleh Allah.

kalau anda tahu, apakah keistimewaan, faedah dan kelebihan tarikh dan masa ini sila beritahu saya melalui e mel saya , irbas71@yahoo.com.

DIKEMASKINI 1 SEPTEMBER 2009 0340 PETANG SELASA

Semalam 31 Ogos 2009 bersamaan 10 Romadhan 1430H, rakyat Malaysia merayakan tarikh negara Malaysia memperolehi kemerdekaan dari pemerintahan British.

Dari segi fizikalnya, Malaysia telah tidak lagi diperintah oleh British. Banyak pembangunan matabenda telah dibangunkan di negara ini. Tetapi dari segi mental masih lagi diperintah oleh "British".

Jadi, marilah kita berusaha dengan segala keupayaan yang ada untuk memerdekakan "penjajahan" ini.

DIKEMASKINI 22 OGOS 2009 BERSAMAAN 1 RAMADHAN 1430H

Hari ini adalah hari pertama kita(umat Islam) berpuasa. Secara ringkasnya ingin saya tuliskan di sini ialah, berpuasalah kerana semua manusia yang sihat akal sudah mengesahkan bahawa berpuasa amat baik untuk kesihatan rohani dan kesihatan jasmani.

Orang yang jahat akal sahaja yang mengatakan tidak baik.

DIKEMASKINI 12 OGOS 2009 1130 MALAM KHAMIS

Pada 15 Ogos 2009, nanti laman web saya ini akan menyambut harijadinya bagi tahun yang pertama kewujudannya.

SELAMAT HARI JADI

Arkib

Posted by sabri69 at 11:37 AM on August 12, 2009Comments comments (0)

DIKEMASKINI 04 OGOS 2009 0537 PETANG SELASA

Untuk makluman bahawa satu page baru telah saya wujudkan di dalam laman web saya ini, iaitu dengan tajuk 4life.

Untuk mengetahui apa itu 4life. Sila klik di 4life.

DIKEMASKINI 02 OGOS 2009 0602 PETANG AHAD

HIDUP YANG KEKAL ABADI SELEPAS DIBANGKITKAN DI ALAM AKHIRAT.

Yang pasti, kita semua yang hidup akan dibangkitkan semula selepas mati. Diantara tujuan Allah swt hidupkan semula di alam akhirat adalah untuk menerima balasan dan keadilan yang benar-benar setimpal dengan apa yang telah kita lakukan semasa hidup di alam dunia ini.

Yang pasti di alam akhirat sudah tidak akan ada lagi mati. Kita semua akan hidup untuk selama-lamanya.

Tempat terakhir adalah sama ada di dalam syurga(tempat nikmat bahgia) atau di dalam neraka(tempat azab seksa).

Apakah sudah cukup segala kelengkapan untuk berada di alam akhirat ?

DIKEMASKINI 19 JULAI 2009 0450 PETANG AHAD

DI dalam blog saya, ada saya masukkan surat cabaran minta berdebat dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato, Seri Najib.

Sila baca di blog saya untuk mengetahui isi kandungan surat itu.

Sila beri pendapat anda.

DIKEMASKINI 15 JULAI 2009 0451 PETANG RABU

Semasa saya melayari web yang berkaitan dengan tempat pengajian ilmu agama maka saya telah bertemu dengan alamat web yang baru.

Sila lihat dalam WEB IKUT KUMPULAN. Cari di tajuk PONDOK PENGAJIAN AGAMA

16 JUN 2009 MALAM SELASA 1222 MALAM

Sila baca blog saya kerana ada sesuatu yang menarik. Sila berikan pendapat anda.

04 MEI 2009 MALAM SELASA 119 MALAM

MARILAH BERDOA

JANGANLAH kita jemu untuk berdoa meminta sesuatu daripada Allah swt kerana Allah swt suka kepada hambaNya yang sentiasa berdoa dan merayu meminta-minta kepadaNya.

Bahkan perbuatan meminta-minta (berdoa) itu tetap diberikan pahala kerana perbuatan berdoa itu dikira sebagai ibadat juga.

24 APRIL 2009 1550 PETANG JUMAAT

PUNCA REZEKI DATANG

Kadang kala kita tidak tahu dan tidak dapat menjangka rezeki datang dari sumber yang mana ?

Bahkan kalau sudah termaktub di azali bahawa sekian-sekian rezeki akan menjadi hakmilik kita maka walau apa cara sekalipun, rezeki itu tetap menjadi hakmilik kita. Walaupun, pelbagai halangan cuba dibuat oleh individu tertentu yang cuba menghalang menuju rezeki kepada kita.

Begitulah sebaliknya kalau sekian-sekian rezeki itu sudah termaktub bukan hakmilik kita maka kalau kita jaga dan kawal dengan peti besi yang berlapis-lapis sekalipun, rezeki itu tetap akan hilang dari kita.

Kesimpulannya, didiklah hati supaya hati kita tidak susah dengan ketentuan dan ketetapan rezeki yang telah tetap di azali.

15 APRIL 2009 1533 PETANG RABU

Apakah sebab pengambilan alcohol (arak) diharamkan dalam Islam? Sila terangkan dengan lebih lanjut.

Alkohol merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman.Alkohol berterusan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat. Statistik kadar jenayah yang meninggi, pertambahan kes penyakit mental dan keruntuhan institusi keluarga di serata dunia menjadi testimoni bisu kepada kuasa perosak alkohol. Di antara sebab arak diharamkan adalah kerana,....

Sila baca di blog saya...

15 FEBRUARI 2009 0805 PAGI AHAD

MENGAPA YAHUDI AMAT BERKUASA ?

Nak tahu lebih lanjut. Sila baca di blog saya.

30 JANUARI 2009 2308H

MESTI MEMBINA KEBERANIAN UNTUK BERCAKAP SESUATU YANG BENAR.

Sama ada kita ada orang yang menyokong atau tidak ada, kita mesti berani bercakap benar, walaupun pahit.

Cuma cara bercakap itu perlu kepada ilmu, fakta dan dengan kebijaksanaan dan kepintaran.

Jangan dengan cara yang kasar.

Kalau kita takut nak berdepan dengan seseorang maka carilah dan kumpullah ilmu, perlengkapkan dengan maklumat/fakta.

Kemudian berlatih dan terus berlatih sehingga berpisah roh dengan jasad.

Tanam dan bina keyakinan bahwa ugutan atau azab manusia adalah lekeh sahaja. Berbanding dengan ugutan dan azab dari Allah swt, yang memiliki segala-galanya.

No comments:

Post a Comment

Pos Paling Banyak Di Lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...