18 March 2010

CARA UNTUK MEMINIMAKAN TEKANAN PADA FIKIRAN

1. Semua kejadian Allah swt tidak sia-sia. Anda mesti yakin dengan sepenuh hati bahwa semua yang anda alami ada kebaikan yang tersurat dan tersirat. Allah tidak membuat sesuatu dengan sia-sia(tanpa faedah).
2. Luahkan/Keluarkan dari fikiran. Jangan disimpan dalam fikiran sesuatu perkara yang membebankan jiwa. Luahan boleh dikeluarkan dengan cara bercakap kepada individu yang boleh dipercayai, yang mampu menyimpan rahsia dan yang mampu membantu. Juga, boleh diluahkan kepada Allah swt sama ada dengan perbanyakkan berdoa atau membaca Al Quran dan seumpama dengannya.
3. Berehat. Dengan bersiar-siar dan berehat tempat yang tidak ada unsur-unsur pencemaran pencemaran bunyi dan berehat di tempat yang sejuk dan nyaman.
4. Semua makhluk alami tekanan. Ingat ! Bukan anda seorang sahaja yang tertekan(stress). Semua yang hidup di alam dunia ini mengalami tekanan. Anda tidak keseorangan. Daripada orang yang paling papa kedana hingga kepada yang kaya jutaan. Semua tetap megalami dan merasai tekanan. Berlapang dadalah.
5. Pecah-pecahkan masalah yang besar kepada kecil-kecilan. Sebagai perbandingan, kalau bukit yang besar sekalipun, boleh diruntuhkan dan diratakan jikalau kita pecahkan kepada kecil-kecilan, walaupun dengan dicangkul sekalipun. Secangkul demi secangkul maka bukit yang besar itu akan rata juga akhirnya. Begitu juga dengan tekanan yang anda alami, ia boleh diminimakan dengan cara diselesaikan secebis dan secebis. (Idea 20/03/2010. Jam 0837 Pagi Sabtu).
6. Baca buku berunsur motivasi. Dengan cara membaca buku-buku yang berunsur motivasi semasa anda sedang mengalami tekanan juga boleh membantu meminimakan tekanan yang anda alami. (Idea 21/03/2010. Jam 0353 Petang Ahad).
7. Membaca solawat kepada Nabi Muhammad saw sebanyak-banyaknya. Bersolawatlah sebanyak mungkin dengan apa sahaja jenis solawat. Kerana rahsia, faedah dan khasiatnya teramatnya. (Idea 21/03/2010. jam 0637 Petang Ahad).
8. Perbanyakkan sembahyang sunat hajat. Minta dengan Allah swt supaya diberikan kekuatan jiwa dan jalan-jalan untuk keluar dari permasalahan yang dialami.

No comments:

Post a Comment

Pos Paling Banyak Di Lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...