Dikemaskini : 3 Jun 2010 Jam 0310 Petang Khamis
Persiapan-persiapan dan penyelesaian-penyelesaian yang perlu saya siap dan selesaikan adalah
1) meminta maaf dengan semua orang seperti sahabat handai di tempat kerja, dengan ke dua ibubapa, jiran tetangga. Minta maaf dari semua aspek sama ada perbuatan dan percakapan.
2) menyiapkan semua tugas di tempat kerja yang masih belum siap.
3) membuat wasiat secara bertulis kepada orang tertentu. Sama ada wasiat mengenai tugas-tugas di tempat kerja atau berkaitan dengan hal ehwal rumahtangga.
4) putuskan semua kerja-kerja yang hanya untuk dunia semata-mata. Gunakan dan perhabiskan banyak masa untuk melakukan ibadat kepada Allah swt seperti perhabiskan masa untuk baca Al Quran, Baca Hadis Nabi, membaca kitab-kitab agama, berzikir dan sembahyang sunat.
5) perbanyakkan solawat kepada Rasulullah dan baca Al Quran.
6) habiskan banyak masa dari 24 jam itu untuk jauhkan diri bergaul dengan masyarakat umum. Kecuali ziarah alim ulamak, ziarah kubur dan seumpama dengannya.
7) meneliti dan membuat pemeriksaan semula, adakah semua tanggungjawab kepada
-ibubapa
-isteri
-anak-anak
sudah dilaksanakan dan ditunaikan akan hak-hak mereka ? Kalau belum maka senaraikan semua tanggungjawab itu dan selesaikan satu-persatu.
bersambung....
No comments:
Post a Comment