10 July 2010

ARTIKEL UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Membina Blog Tanpa Kajian ‘Niche’

Kebanyakan panduan blogging yang kita baca menyuruh kita membuat kajian pasaran atau ‘niche research’ terlebih dahulu sebelum menentukan topik blog yang mahu dibina.

Ya, ia memang satu langkah yang wajib, TAPI ada satu lagi kaedah yang boleh anda gunakan. Selain teknik kajian niche, kita juga boleh menggunakan kaedah TARGET AUDIENS. Bermaksud, kita membina komuniti kita sendiri walaupun topik tersebut mempunyai persaingan yang amat sengit.

Kaedah ini adalah di mana kita membina sebuah blog yang topiknya sudah banyak blog yang membicarakannya. Namun dengan keunikan blog dan cara kita yang tersendiri (tiada di blog lain), maka blog kita tetap mempunyai pelawat tersendiri walaupun pelawat-pelawat ini juga menjadi pembaca blog lain.

Kedua, kaedah ini berprinsip bahawa, di dalam era maklumat ini, sesiapa yang sentiasa aktif dan kreatif, maka peluang kejayaan sentiada wujud dan boleh dicapai. Dan sesiapa yang lambat dan hanya fokus pada cara yang ‘ketinggalan zaman’, maka mereka akan ketinggalan walaupun telah lama membina empayar.

Bagaimana Cara Melakukannya?

Langkah asasnya adalah seperti berikut:

1. Tentukan topik blog yang mahu anda bina tidak kisah ia mempunyai persaingan yang besar atau tidak. Yang penting ia mempunyai ‘demand’ iaitu ramai orang berminat terhadap info yang akan anda tulis.

2. Fikir dan tentukan apakah USP iaitu keunikan blog anda. Mungkin pada ’slogan’nya, pada logonya dan juga yang pasti adalah pada nama domainnya. Gunakan nama domain yang unik berbanding nama yang umum. Contoh di sini adalah seperti smartusaha.com. Atau anda boleh juga gunakan nama anda sendiri, seperti saya gunakan pada www.MohdZulfadli.com.

Keunikan (USP) blog anda ini nanti sekurang-kurangnya mempunyai satu kekuatan yang akan menjadi buah mulut orang lain sama ada pembaca blog atau blogger-blogger yang lain.

Perkara ini adalah amat penting jika anda mahu menggunakan kaedah Target Audiens ini. Jangan teruskan langkah berikut jika anda belum menentukan keunikan blog anda. Sila baca artikel “Rahsia Perniagaan Internet Sebenar” untuk mengetahui serba sedikit mengenai USP.

3. Tentukan beberapa topik spesifik atau sekurang-kurangnya satu topik selain menulis secara umum. Maksudnya, di dalam sesuatu bidang, banyak cabangnya. Jadi fokus kepada beberapa topik itu di samping menulis secara umum mengenai topik-topik di dalam bidang tersebut. Tujuannya agar anda mempunyai keunikan walaupun akan menulis pelbagai topik berkaitan.

4. Bina sebuah blog dan pastikan navigasi blog telah berfungsi sepenuhnya (menu, design, dan lain-lain).

5. Tulis dan terbitkan (publish) beberapa buah artikel sebelum mula melakukan promosi. Jangan promosikan blog semasa blog belum ada sebarang artikel atau blog belum siap sepenuhnya.

6. Promosi. Ada banyak kaedah promosi blog. Namun antara cara yang termudah, termurah dan tercepat (3T) adalah:

  • Memberi komen yang terbaik pada artikel di blog lain.
  • Membenarkan artikel di blog anda disalin (copy & paste) di blog lain, di laman web, di forum atau dengan apa jua kaedah. Namun di akhir artikel itu mereka wajib letakkan info mengenai blog anda termasuk menyatakan URL blog anda.
  • Bekerjasama dengan blogger lain untuk mengulas mengenai blog anda sama ada secara berbayar atau melakukan secara win-win situation (JV) yang mana anda melakukan sesuatu perkara juga untuk mereka.
  • Menyertai Forum di Internet dan bina kredibiliti anda di sana.
  • Target kepada keyword yang dicari oleh pengguna internet. Gunakan pelbagai tools kajian kata-kunci seperti Google Keyword Tool. Kata-kunci tersebut diletak dan digunakan pada tajuk artikel, pada bahagian pendahuluan artikel, dalam kandungan artikel dan juga di akhir artikel. Proses ini adalah dikenali sebagai On Page SEO.
  • Submit artikel di digg.com. Jika di Malaysia, aplikasi yang sama adalah negaraku.net. Kaedah ini akan membuatkan artikel blog anda cepat diindeks oleh enjin carian.
  • dan banyak lagi cara promosi lain seperti yang saya tulis di sini..

Case Study:

1. Blog JohnChow.com adalah salah satu blog yang masih baru (berusia 4 tahun) tetapi mendapat trafik dan populariti yang amat tinggi. Topik blog ini adalah lebih kepada Blogging dan Internet Marketing. Padahal sudah banyak blog mengenai blog dan buat duit di internet yang berusia lebih daripada 10 tahun. Mengapa blog beliau tersebut berjaya? Cuba anda lakukan kajian. Salah satunya di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa, nama atau jenama bukan lagi kekuatan utama di zaman ini, sebaliknya adalah sesuatu info yang biasa tetapi disampaikan dalam bentuk yang lebih kreatif lebih diminati oleh pengguna internet.

2. Blog SmartUsaha.com juga dibina di atas konsep membina audiens tersendiri. Saya sama sekali tidak melakukan kajian pasaran pada masa saya membina blog ini (topik perniagaan internet). Sebaliknya saya membinanya dengan matlamat untuk membina komuniti / pengikut saya yang tersendiri yang berminat untuk mengetahui mengenai perniagaan dan pemasaran internet. Sejak tahun 2005 sehingga sekarang, blog ini telah mempunyai pembaca yang tersendiri.

Kesimpulan:

Jika anda membina blog yang unik dan menyampaikan maklumat dengan cara yang berbeza atau kreatif berbanding pesaing-pesaing sedia ada, peluang untuk anda maju dan berjaya amatlah tinggi. Binalah audiens, pengikut dan prospek anda sendiri dengan sebuah blog yang unik tersebut tanpa perlu melakukan kajian niche yang kadang-kadang amat menyulitkan.

Kaedah target audiens ini amat-amat jarang didedahkan oleh problogger padahal mereka sendiri menggunakan kaedah ini seperti topik blog make money online atau make money blogging yang amat besar persaingannya. Jika mereka boleh, mengapa tidak kita? Tiada sebarang undang-undang untuk anda mencuba sesuatu. Jangan terlalu terikat dengan pra-syarat yang orang lain tetapkan.

Saranan: Mungkin anda juga boleh merujuk buku Strategi Laut Biru untuk lebih memahami konsep ‘kreatif’ untuk bersaing tanpa perlu bersaing.

————————

Mengenai Penulis: Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang usahawan internet yang telah menggunakan blog sejak tahun 2005 lagi untuk pemasaran perniagaan internetnya. Bidang fokus beliau yang utama adalah teknikal blog Wordpress yang mana beliau telah membantu ramai individu membina blog dot com mereka sendiri dalam masa yang amat singkat.

*Anda boleh meletak dan menggunakan artikel ini di blog anda atau di mana sahaja dengan syarat menyertakan sekali bahagian Info Penulis ini. Hakcipta Adalah Terpelihara.

Rujuk : http://bloggingsteps.com/tips/buat-blog/buat-blog-tanpa-kajian-niche.html

No comments:

Post a Comment

Pos Paling Banyak Di Lihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...